Demi kemakmuran atau kemunduran?

- Advertisement -

BUAT pertama kali ada kebenaran dalam ucapan Perdana Menteri ke-10 (PMX).

“Negara ini makmur tetapi bocornya banyak.” – Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Makmur membawa maksud keadaan yang serba cukup. Maka negara yang makmur bermaksud negara yang cukup dari segenap segi.

Bocor pula berlaku atas kelemahan pemerintah dalam mengurus negara. 

Apabila pelaku rasuah dilantik sebagai pemimpin, ketidakadilan agihan dibuat kerana dendam dan perancangan hanya menjadi janji kosong tanpa pelaksanaan.

Kesannya hari ini rakyat hidup serba kekurangan dan terus menerus dihantui masalah kos kehidupan.

Setelah menjadi negara yang cemerlang dalam menangani krisis kesihatan, Malaysia di bawah madani dilihat semakin terkebelakang dalam mengharungi fasa pemulihan.

Pendapatan rakyat kekal rendah, hutang isi rumah masih tinggi, kadar kemiskinan semakin serius, sistem perlindungan sosial tidak mencukupi, harga perkhidmatan asas kehidupan juga terus meningkat.

Ketidakcukupan membelenggu rakyat baik dalam aspek keperluan seharian, perumahan, pendidikan mahupun perubatan.

Meskipun Malaysia dikenali sebagai sebuah negara yang kaya, namun kita diuji dengan pemerintah yang lemah dalam mentadbir atau boleh disebut sebagai kakistokrasi. 8 bulan yang membawa kemunduran.

Besar harapan kita agar selepas PRN ini negara ditadbir oleh orang bersih dan bijak agar laba ekonominya melimpah ruah lalu dapat dinikmati sekalian rakyat.

USTAZ SYEIKH MUJAHID
Naib Ketua Pemuda 
Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor – HARAKAHDAILY 28/7/2023

- Advertisement -
- Advertisement -