Mahu anak Kedah rebut peluang pekerjaan di negeri ini

- Advertisement -

BALING: Menteri Besar, Dato’ Seri Muhammad Sanusi Md Nor mahu anak muda Kedah memajukan diri dan keluarga serta, mengubah kehidupan mereka dengan merebut peluang pekerjaan yang semakin banyak ditawarkan di negeri ini.

Menurut beliau, terdapat banyak pelaburan masuk ke Kedah terutama terkini sedang dibangunkan kilang-kilang industri baharu di sektor teknologi tinggi di mana pasaran pekerjaan ini mesti dikuasai oleh anak-anak negeri ini.

“Orang luar akan mari, orang Selangor mari, orang Pulau Pinang, orang Pahang semua mari deme duk kata orang Kedah saja gi kejar di Pulau Pinang. Hoi kata apa lagu itu? Orang Pulau Pinang mari kejar Kulim berlumba ramai. 

“Depa duk kata anak Kedah miskin. Negeri Kedah miskin anak Kedah terpaksa merantau di Pulau Pinang cari kerja. Pergi check tengok orang Pulau Pinang mari kejar di Kulim ada berapa ribu?” ujarnya.

Antaranya beritahu beliau, terdapat lapan kilang baharu sedang dibina di Kulim dan memerlukan 15,000 pekerja berkemahiran tinggi, juga dibuka kawasan industri baharu seluas 1,000 ekar di Sungai Petani.

“Dia akan melibatkan kawasan pembangunan bersepadu sebelah kawasan industri, sebelah kawasan penempatan. Duduk situ kerja situ. Kemudian ada 2,000 ekar kawasan dia baru di Gurun.

“Telah diluluskan akan membangun kawasan industri untuk pembangunan kereta-kereta inilah. Banyak orang nak buat ini EV, kereta elektrik apa semua. Semuanya akan berpusat di Gurun,” maklumnya.

Pun begitu katanya, Kedah tidak mahu meninggalkan sektor makanan menerusi pertanian yang akan melonjakkan Kedah ke satu tahap lagi menerusi pelbagai rancangan sedang diadakan. – HARAKAHDAILY 24/7/2023

- Advertisement -
- Advertisement -