Calon PN Kedah diumum 25 Julai

Senator Musoddak Ahmad
- Advertisement -

ALOR SETAR: Majlis Pengisytiharan Calon-Calon PERIKATAN NASIONAL (PN) Kedah yang dijadual diadakan pada Jumaat ini ditunda kepada Selasa minggu hadapan.

- Advertisement -

Setiausaha PAS Kedah, Ustaz Musoddak Ahmad berkata, keputusan itu dibuat atas arahan Majlis Pimpinan PN Pusat hari ini,” katanya di sini.

Majlis pengisytiharan itu akan diadakan di Kompleks PAS Kedah, 25 Julai ini bermula jam 7 petang.

Sebelum ini Pesuruhjaya PAS Kedah, Dato’ Ahmad Yahaya berkata, calon-calon PN Kedah yang bakal ditampilkan pada PRN ini menepati setiap segmen yang dikehendaki masyarakat.

“Ada pelbagai latar belakang yang mampu diketengahkan di setiap segmen yang diperlukan bagi membangunkan kerajaan negeri terutama merealisasikan The Greater Kedah,” kata beliau.

PAS bakal bertanding di 21 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN), manakala Bersatu 11 dan Gerakan (4). – HARAKAHDAILY 18/7/2023

- Advertisement -