
DULU PH paling lantang mengecam JASA kerana menjadi agensi kerajaan yang melaksanakan agenda politik zaman BN.
PH juga membantah penubuhan JKOM sebagai ganti JASA pada zaman PN.
Kini apabila PH dan BN bergabung, tanpa segan silu JKOM yang menggunakan dana awam negara, duit rakyat menjadi mesin propaganda parti pemerintah.
Mereka terbit poster infografik perbandingan harga barang zaman PN vs PH-BN.
Kononnya semua benda mahal zaman dulu, sekarang makin murah zaman Perdana Menteri ke-10 (PMX).
JKOM ini lupa ke BN juga sebahagian daripada Kerajaan PN tahun 2020-2021, kemudian Perdana Menteri daripada Umno sehingga 2022?
Sudah lupa atau buat-buat lupa fakta itu?
Ketua Pengarah JKOM dibayar gaji menggunakan dana awam negara tetapi dia bertindak seperti laskar upahan siber parti politik.
Sungguh tidak tahu malu menyalahgunakan jabatan kerajaan.
SYED AHMAD FADHLI – HARAKAHDAILY 12/7/2023












