Aktiviti sukan katamaran di Tasik Timah Tasoh

- Advertisement -

PADANG BESAR: Tasik Timah Tasoh menjadi satu-satunya lokasi di Malaysia yang menawarkan aktiviti sukan perahu layar atau katamaran.

- Advertisement -

Aktiviti itu lazimnya dilakukan di laut memandangkan ia memerlukan tiupan angin kuat untuk belayar.

Exco Belia dan Sukan Negeri Perlis, Ustaz Muhammad Azmir Azizan berkata, orang ramai boleh menaiki perahu layar walaupun bukan di laut.

Petang semalam, beliau memenuhi jemputan daripada Cabin Hermission House Extreme Sports Club di sini bagi merasai suasana itu.

“Saya menjemput semua peminat perahu layar khasnya orang ramai dari negeri Perlis yang ingin merasai menaiki perahu layar ini untuk datang ke sini,” katanya selepas mengunjungi lokasi berkenaan di sini.

Aktivti itu diusahakan oleh Sharifah Nadiah Wafa Syed Mohd Thalal Wafa, 34, dan Siti Nursarah Salehhodin, 35 di bawah Hermission House Extreme Sports Club (HHESC).

Ia dapat dilaksanakan di Tasik Timah Tasoh memandangkan kawasan tersebut mempunyai tiupan angin yang bersesuaian untuk menggerakkan katamaran. – HARAKAHDAILY 11/7/2023

- Advertisement -