Van der Sar alami pendarahan otak

- Advertisement -

Bekas penjaga gol antarabangsa Belanda dan Manchester United, Edwin van der Sar dimasukkan ke hospital akibat pendarahan otak ketika bercuti di Croatia, tetapi berada dalam keadaan stabil.

- Advertisement -

Van der Sar, 52, yang bermain untuk Manchester United selama enam tahun sebelum meninggalkan kelab itu pada 2011, merupakan pengarah kelab bola sepak Belanda, Ajax tetapi berhenti sebelum akhir musim lalu selepas kelab itu menduduki tempat ketiga dalam liga Belanda dan terlepas aksi di Liga Juara-Juara, kali pertama sejak 2009.

“Edwin van der Sar mengalami pendarahan di sekitar otaknya. Dia kini berada di unit rawatan rapi hospital dan berada dalam keadaan stabil,” kata Ajax dalam satu kenyataan ringkas.

Isterinya, Annemarie mengalami pendarahan serebrum pada 2009 ketika dia menjadi pemain di Old Trafford tetapi pulih sepenuhnya. – REUTERS

- Advertisement -