RM100,000 dibelanja untuk penduduk DUN Beserah

Andansura Rabu
- Advertisement -

KUANTAN: “Salah satu daripada caranya adalah dengan crowdfounding macam ni kita cuba dapatkan sumbangan daripada orang ramai,” kata Ahli Dewan Negeri (ADN) Beserah, Andansura Rabu.

- Advertisement -

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas crowdfunding (mendapatkan dana daripada orang ramai di atas talian) yang dikeluarkan melalui media sosial untuk menampung keperluan penduduk di DUN Beserah.

Dalam media tersebut menyatakan Pusat Khidmat DUN (PKD) Beserah telah membelanjakan sekitar RM100,000 setahun dalam tempoh tiga tahun terdahulu bagi rakyat di kawasan itu.

Perbelanjaan yang sering menjadi beban kepada masyarakat adalah dari sudut kebajikan, kesejahteraan kesihatan dan pendidikan anak-anak bagi golongan yang kurang berkemampuan.

“Inilah inisatif kita untuk nak membantu rakyat setempat dan juga untuk nak melaksanakan amanah dan tanggungjawab yang kita ada.

“Oleh kerana kita tidak ada peruntukan ataupun kewangan daripada mana-mana pihak kerajaan sama ada kerajaan pusat dan kerajaan negeri, maka kita terpaksa mencari jalan untuk nak meneruskan tugas dan tanggungjawab ini,” ujar Andansura.

Timbalan Pesuruhjaya PAS negeri itu berharap semoga ada individu atau badan korporat yang prihatin dapat bersama dengan PKD Beserah untuk membantu masyarakat.

Beliau sangat menghargai dan berterima kasih di atas segala sokongan dan sumbangan yang telah diberikan oleh pelbagai pihak selama ini dan mengharapkan agar sokongan dan sumbangan ini akan berterusan.

Kepada sesiapa yang ingin menyumbang, boleh klik pautan berikut https://www.billplz.com/prihatinbeserah – HARAKAHDAILY 5/7/2023

- Advertisement -