Salah guna kuasa, Menteri perlu dipecat

- Advertisement -

MINGGU ini kita saksikan 2 aduan salah guna kuasa oleh Menteri Kerajaan PH-Umno dalam media sosial.

Pertama Menteri Komunikasi dan Digital (KOMEDI) Fahmi Fadzil dikatakan mengugut netizen yang komen di TikTok beliau dengan tangkapan polis. Hanya kerana netizen berbeza pandangan dengannya dalam TikTok, polis digunakan bagi mengugut. 

Kedua Menteri Pelancongan Tiong King Sing pula dikatakan menceroboh kawasan ketibaan KLIA tanpa mengambil pas keselamatan, mengarahkan supaya pelancong dari China yang ditahan Imigresen untuk dilepaskan. Ini juga dikatakan kali ke-3 Menteri ini membuat tindakan seperti ini.

Isu ini bukan sahaja salah guna kuasa Menteri, tetapi turut melibatkan keselamatan sempadan masuk negara. Setiap peraturan dan undang-undang ada tujuan bagi menyekat anasir-anasir yang membahayakan negara. Jangan dibakulsampahkan peraturan dan undang-undang ini.

Baru-baru ini di UK, Suella Braverman, Home Secretary telah salah guna kuasa untuk mengelakkan menghadiri driving awarness course dan menggunakan pejabatnya untuk aturkan kelas peribadi buat dirinya. Dia dikecam teruk dan dituntut untuk dipecat serta merta. 

Apa yang pelik, perkara ini juga bercanggah dengan manifesto pilihan raya PH yang berjanji akan menghapuskan salah guna kuasa di semua peringkat. Tetapi kini Menteri Kerajaan PH-Umno pula yang ambil kesempatan ke atas kuasa di tangan mereka. 

Perdana Menteri ke-10 (PMX) perlu segera mengarahkan dua Menteri meletakkan jawatan. Jangan jadi lembu kenyang, duduk di puncak kuasa dan mengabaikan segala kebobrokan yang berlaku dalam kerajaan anda. 

NURUL ISLAM MOHAMED YUSOFF – HARAKAHDAILY 1/7/2023

Sumber Asal: https://www.facebook.com/100050678670522/posts/pfbid0RZ4MG2Hg2zTJy7nBb48mEK7ng3TZQZ2GD1mfDVgVAjDefZWi3Q3nH4efFrpFgvfZl/?app=fbl 
Rujukan:

1. https://youtu.be/ccWjicavnUw 
2. https://vt.tiktok.com/ZSLSpouK9/ 

PENAFIAN:
HarakahDaily tidak bertanggungjawab terhadap pandangan yang dikemukakan daripada artikel ini. Ia pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya menggambarkan pendirian HarakahDaily mahupun pendirian rasmi PAS.

- Advertisement -
- Advertisement -