Kelantan santuni atlet beraksi di Sukan SEA Kemboja

- Advertisement -

KOTA BHARU: Kerajaan negeri menyantuni 13 atlet anak tempatan yang beraksi mewakili negara di Sukan SEA Kemboja 2023 Mei leps.

- Advertisement -

Mereka diraikan anggota Exco Kerajaan Negeri Wan Roslan Wan Hamat pada majlis Penyampaian Insentif Atlet SEA Games Cambodia 2023 yang diadakan di sebuah hotel semalam.

Pada kejohanan itu dua atlet yang berasal dari Kelantan berjaya memperolehi pingat emas kategori Hoki Berpasukan, iaitu Muhammad Adam Ashraf Mohd Johari dan Nur Syuhada Suhaimi.

Wan Roslan yang juga Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan dan NGO negeri merakam ucapan tahniah di atas kecemerlangan anak Kelantan yang beraksi mewakili negara.

“Malaysia turut memenangi acara sepak takraw berpasukan dengan pingat perak. Alhamdulillah, tahniah saya ucapkan semoga anak Kelantan di pentas sukan peringkat antarabangsa.

“Diharap rakan-rakan atlet gigih menjalani latihan bagi meningkatkan pencapaian di kedudukan terbaik pada masa akan datang,” ujarnya.

Pada Mei lepas Malaysia mencatatkan pencapaian terburuk dalam sejarah Sukan SEA apabila menduduki tempat ketujuh. Atlet negara juga gagal mencapai sasaran 40 pingat emas yang ditetapkan.

Pencapaian atlet negara pada Sukan SEA edisi ke-32 di Kemboja lebih buruk berbanding ketika temasya sama di Hanoi, Vietnam. – HARAKAHDAILY 26/6/2023

- Advertisement -