Manfaatkan tenaga dari alam semula jadi

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Senator Mohd Apandi Mohamad meminta kerajaan mengkaji potensi tenaga boleh baharu agar memberi manfaat kepada rakyat dan negara.

“Kita mempunyai sumber alam semula jadi yang sangat luas, namun empangan memerlukan kos besar dan kuasa menjana lebih kecil walaupun menggunakan tenaga air untuk memutar roda turbin bagi menjana elektrik.

- Advertisement -

“Bagaimanapun, Alhamdulillah kebanyakan janakuasa beralih kepada penggunaan gas, lebih mesra alam berbanding diesel,” katanya ketika perbahasan Rang Undang-Undang Tenaga Boleh Baharu (Pindaan) 2023 di Dewan Negara, hari ini.

Beliau juga meminta kerajaan memanfaatkan kincir angin dan ombak sebagai sumber tenaga boleh baharu kerana belum ada kajian berhubung kedua-dua tenaga itu sedangkan ombak di sepanjang Pantai Timur Semenanjung Malaysia sangat kuat sehingga menghakis pantai.

Justeru, beliau berharap kerajaan dapat membuat kajian yang lebih terperinci untuk memanfaatkan sumber alam semula jadi di negara ini.

“Sewajarnya, pindaan RUU ini dbuat supaya tidak mengganggu perjalanan dan pengeluaran lesen baharu kepada mereka yang berminat untuk melabur dalam sektor penjanaan kuasa,” katanya. – HARAKAHDAILY 22/6/2023

- Advertisement -