
ALOR SETAR: Setiausaha Politik (Setpol) Menteri Besar (MB) Kedah Ustaz Mohd Hilmi Abd Wahab antara penerima pingat sempena sambutan Hari Keputeraan Tuanku Sultan Kedah kali ke-81.
Beliau menerima anugerah pingat Ahli Mahkota Kedah (AMK). Selain itu Setiausaha Akhbar Menteri Besar Mohamad Mat Yakim, Yang Dipertua PAS (YDP) Langkawi Zubir Ahmad, YDP PAS Merbok Ustaz Azizan Hamzah dan Pengerusi Bersatu Pendang Abdul Razak Khamis,.
Majlis penganugerahan terbabit disempurnakan Tuanku Raja Muda Kedah di Istana Anak Bukit, semalam.
Selain itu 30 penerima anugerah Pingat Ahli Mahkota Kedah (AMK), manakala enam penerima Anugerah Setia Pahlawan (ASP) pada majlis berkenaan.
Sebelum ini anugerah pingat dan kebesaran dianugerahkan Tuanku Sultan Kedah yang diadakan pada 18 Jun lepas di Istana Anak Bukit. – HARAKAHDAILY 21/6/2023











