Takziah buat keluarga Almarhum Mahmood Zuhdi

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Presiden PAS, Tan Sri Tuan Guru Abdul Hadi Awang merakamkan ucapan takziah kepada keluarga Pengerusi Majlis Dakwah Negara (MDN), Prof Emeritus Datuk Dr Mahmood Zuhdi Ab Majid atas pemergian beliau malam tadi.

- Advertisement -

“Almarhum merupakan seorang Profesor Emeritus di Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya dan sangat berjasa dalam mendidik rakyat dengan penulisan beliau,” ujar beliau menerusi hantaran di laman Facebook, pagi ini.

Almarhum menjadi Pengerusi MDN sejak 2016 dan juga menggalas beberapa tanggungjawab besar sepanjang hayatnya seperti Ahli Jawatankuasa Fatwa Negeri Kelantan (1990-2012), Panel Hakim Mahkamah Rayuan Syariah Negeri Kelantan (1990-2012), Ahli Lembaga Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) (2006-2012).

“Semoga Allah mencucuri rahmat kepada almarhum, diterima amal soleh, diampunkan segala dosanya dan ditempatkan dalam kalangan para solihin,” ujar Tuan Guru lagi. – HARAKAHDAILY 18/6/2023

- Advertisement -