
SEBELUM PRU 2018, perancangan projek perumahan Penempatan Semula Nelayan (PSN) sudah agak lama dimulakan sehingga melibatkan 3 orang Exco Pertanian sebelum ambe tapi tak berjaya dilaksanakan walaupun untuk melaksanakan kerja-kerja awalan tambun tanah bagi penyediaan tapak. Ambe pernah bergurau dalam Mesyuarat Jawatankuasa Khas PSN, jangan sampai ambe jadi Exco Pertanian ke-4 yang gagal melaksanakan projek ini.
Alhamdulillah, akhirnya ia berjaya dilaksanakan ketika kami memikul amanah ini. Kami take off bermula dari kerja-kerja tanah penyediaan tapak, mendapatkan kebenaran merancang (KM), menyediakan pelan projek, mendapatkan peruntukan dari Kerajaan Pusat RM13 juta dan Kerajaan Negeri RM10.5 juta. Seterusnya majlis pecah tanah dan projek dilaksanakan.
PSN Kemaman sudah disiapkan melebihi 70 peratus sementara PSN Besut sudah melebihi 90 peratus. PSN Setiu masih di peringkat kerja tapak. Aras ketinggian tapak PSN Setiu perlu dinaikkan lagi kerana kawasan Seberang Penarik ialah kawasan terdedah banjir.
Kredit dan terima kasih kepada Kerajaan Negeri Terengganu sebelum 2018 atas perancangan yang baik ini.
YB DR AZMAN IBRAHIM
Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Makanan, Perladangan, Komoditi Dan Pembangunan Luar Bandar Terengganu – HARAKAHDAILY 15/6/2023













