Peserta pertandingan bina badan perlu tutup aurat

- Advertisement -

KOTA BHARU: Pertandingan bina badan patuh syariah, Mr Awang Selamat yang dianjurkan kerajaan negeri mensyaratkan semua peserta perlu menutup aurat seperti disyariatkan Islam.

- Advertisement -

Exco Belia, Sukan dan Badan Bukan Kerajaan (NGO) negeri, Wan Roslan Wan Hamat berkata, pertandingan itu akan menampilkan ahli bina badan profesional.

Selain itu turut melibatkan peserta-peserta baharu dan amatur. Ia akan berlangsung pada 16 hingga 18 Jun ini sempena Sambutan Hari Belia Negara Peringkat Negeri Kelantan.

“Setakat ini lebih 40 peserta mendaftar bagi mengambil bahagian pada program itu, di mana kebanyakannya melibatkan wakil jabatan dan agensi kerajaan,” katanya di sini semalam.

Kelantan menganjurkan pertandingan bina badan patuh syariah sejak 2018 bagi memberi peluang peminat sukan terbabit beraksi.

Wan Roslan juga berkata, hadiah utama yang ditawarkan ialah RM1,000 bersama medal dan keris.

“Tarikh tutup untuk penyertaan tahun ini iaitu pada hari pertandingan berlangsung,” ujarnya. – HARAKAHDAILY 12/6/2023

- Advertisement -