PAS Kinabatangan anjur rumah terbuka Aidilfitri

- Advertisement -

KINABATANGAN: Buat julung-julung kali, Rumah Terbuka PAS kawasan Kinabatangan dianjurkan di kediaman Yang Dipertua PAS Kawasan Kinabatangan, Abdul Aziz Baitul Makmur di sini, semalam.

Menurut Abdul Aziz, majlis rumah terbuka ini merupakan antara cara untuk memperkenalkan PAS Kinabatangan, sekali gus mengeratkan hubungan silaturahim dalam kalangan masyarakat di sini.

- Advertisement -

“Sambil beramah mesra, semua dapat menikmati pelbagai juadah istimewa dan tradisi yang kami hidangkan kepada hadirin,” katanya.

Turut hadir, Johainizam Johari dari Unit Pemimpin Pembangunan Masyarakat DUN Lamag; wakil Parti Gagasan Rakyat Sabah dan Umno Kinabatangan, Persatuan Ibu Tunggal Kinabatangan, Ahli Jawatankuasa (AJK) Masjid Daerah Kinabatangan, AJK Masjid al-Ghaffar, SESB Kinabatangan dan polis Kinabatangan.

Sebagai tanda kenang-kenangan, tetamu turut merakamkan gambar di reruai yang disediakan penganjur, manakala kanak-kanak menerima duit raya. – HARAKAHDAILY 16/5/2023

- Advertisement -