Sukan SEA: Harimau Muda belasah Singapura 7-0

- Advertisement -

Malaysia menamatkan kempen bola sepak Sukan SEA dengan kemenangan besar, membelasah Singapura 7-0 dalam perlawanan terakhir Kumpulan B di Stadium Visakha di Phnom Penh, semalam.

Jiran seberang tambak menjadi mangsa belasahan skuad bawah 22 tahun negara yang seperti melepaskan geram selepas gagal layak ke separuh akhir.

- Advertisement -

Kemenangan itu meletakkan skuad bimbingan E Elavarasan di tempat ketiga Kumpulan B apabila menghimpun enam mata hasil dua kemenangan ke atas Laos dan Singapura. Malaysia tewas kepada Thailand dan Vietnam.

Dalam perlawanan semalam, pemain sayap T Saravanan menjaringkan empat gol pada minit ke-14, 47, 53 dan 60, manakala penyerang Haqimi Azim Rosli, menjaringkan gol pada minit ke-45.

Kapten dan pemain tengah, Mukhairi Ajmal Mahadi menjaringkan gol keenam pada minit ke-87, dan gol terakhir oleh Aiman ​​Afif Mohd Afizul pada minit ke-90. – HARAKAHDAILY 12/5/2023

- Advertisement -