Masalah rakyat dapat perhatian MB Perlis

Menteri Besar mendengar pandangan rakyat ketika mengunjungi Hospital Tuanku Fauziah.
- Advertisement -

KANGAR: Aduan rakyat berhubung ketidakselesaan yang dihadapi di Hospital Tuanku Fauziah (HTF) di sini, menyebabkan Menteri Besar, Mohd Shukri Ramli, selepas temu janji beliau di HTF mengambil tindakan proaktif dengan membuat sendiri tinjauan di hospital itu, hari ini.

“Pagi ini ke HTF bagi meninjau rungutan rakyat berkaitan ketidakselesaan tempat menunggu yang disediakan pihak hospital.

- Advertisement -

“Alhamdulillah seperti yang saya sedia maklum, penghadang panas dan kipas industri akan dipasang oleh pihak hospital,” katanya.

Beliau juga mengambil kesempatan bertanya khabar orang ramai yang menunggu di HTF.

“Sempat juga bersembang dan mendengar keluhan orang awam yang menunggu pagi ini. InsyaAllah, kita akan selesaikan masalah ini dengan secepat mungkin. Diharapkan semua pihak dapat bersabar dan tenang,” katanya.

Mohd Shukri bersarapan bersama rakyat selepas meninjau Hospital Tuanku Fauziah.

Aduan tersebut disuarakan di laman Facebook Saya Anak Perlis, semalam.

Selepas tinjauan itu, Menteri Besar, kemudian bersama rakyat menyorok (sarapan) di gerai berdekatan Pejabat Tanah Kangar di sini.

“Menyorok (sarapan) pagi ni gerai berhadapan Pejabat Tanah selepas selesai di hospital tadi,” katanya. – HARAKAHDAILY 12/5/2023

- Advertisement -