Syawal: Ziarah eratkan ukhuwah, sebarkan mahabbah

- Advertisement -

HADIRNYA Syawal ini tanda syukur kita akan kehadiran satu bulan yang diraikan seusai kita mendepani Ramadan yang penuh keberkatan. 

Islam mengajar kita untuk saling kenal mengenal dan ziarah menziarahi bagi mempererat ukhuwah persaudaraan kita sesama Islam. 

Lazimnya di bulan Syawal ini akan ada pihak yang mengunjung (tetamu) dan pihak yang dikunjungi (tuan rumah). Kedua-dua pihak ada tanggungjawab dan adab yang perlu diperhati ketika proses ziarah ini berlaku. 

Ini tidak lain untuk menjaga hubungan kedua pihak tadi supaya tidaklah niat yang baik tadi akhirnya dicemari oleh perkara yang tidak baik seperti buruk sangka, marah dan sebagainya. 

Pertama: Tetamu, perbetulkan niat, ambillah masa dan rancang masa anda untuk berkunjung. Hubungi dan dapatkan persetujuan tuan rumah yang hendak dikunjungi. Bawalah sedikit buah tangan tanda kasih sayang. 

Kedua: Tuan Rumah, cubalah sebaik mungkin meraikan tetamu yang bakal tiba dengan kata-kata yang baik. Sediakanlah sedikit jamuan, tempat yang baik untuk tetamu anda. Mereka hadir membawa keberkatan. 

Berdoalah supaya perjalanan ziarah kita ini dipermudahkan dan dilancarkan supaya tidak kita hadir ke rumah saudara atau teman dalam keadaan ‘mood’ yang tidak baik. Berdoa supaya niat kita untuk menyambung tali persaudaraan diredhai Allah. 

Sentiasa tanam sifat hormat menghormati antara satu sama lain, jaga tutur kata kita kerana apa yang kita sebut mungkin tidak difahami atau akan menyinggung orang yang lain. 

Jangan pernah kita ‘give up’ dengan cabaran yang kita hadapi dalam usaha kita nak ziarah. Kerana usaha murni ini kadang kala ada cabaran tersendiri. Sabar dan teruskan. 

Inilah masanya untuk suburkan kasih sayang. 

MUHAMMAD AFIQ MHD KHAZAR
Ketua Penerangan
PAS Kawasan Bangi – HARAKAHDAILY 4/5/2023

- Advertisement -
- Advertisement -