Penyokong PN dinasihat bertenang hadapi tekanan politik

Dato' Abdullah Ya’kub
- Advertisement -

KOTA BHARU: Semua penyokong PN dinasihat bertenang dan menerima apa yang berlaku dalam situasi semasa sekarang dengan tekanan politik daripada pihak lawan.

- Advertisement -

Speaker DUN Kelantan, Datuk Abdullah Ya’kub berkata, seseorang itu tidak bersalah selagi tidak diputuskan dia bersalah oleh mahkamah.

“Kita menyerahkan kepada kebijaksaan mahkamah untuk menentukan kes Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Tan Sri Muhyiddin Yassin terhadap tuduhan yang dihadapi sekarang,” katanya ketika diminta mengulas berhubung kes mahkamah yang dihadapi Muhyiddin.

Menurutnya juga jika dibandingkan dengan mereka yang disabitkan dengan kes masing-masing terdapat perbezaan sangat jauh dengan apa yang dihadapi oleh Muhyiddin.

Katanya, pertuduhan terhadap Presiden Bersatu berkaitan wang masuk ke akaun organisasi dan bukan akaun peribadi.

“Ini menunjukkan perbezaan ketara berbanding dengan apa yang berlaku antara Muhyiddin dan pemimpin lain,” ujarnya. – HARAKAHDAILY 11/3/2023

- Advertisement -