DUN Kelantan dijangka bubar akhir Jun

- Advertisement -

KOTA BHARU: Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan dijangka dibubarkan pada minggu ketiga atau keempat Jun hadapan bagi membolehkan Pilihan Raya Negeri (PRN) diadakan.

- Advertisement -

Speaker, Dato’ Abdullah Ya’kub berkata, proses tersebut bersesuaian memandangkan tempoh penggal DUN negeri itu akan tamat pertengahan Jun 2023.

Katanya, Jun nanti, mungkin kita akan bubar DUN dan 60 hari selepas itu Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan menentukan tarikh yang sesuai pada hemat mereka untuk diadakan PRN.

“Insya-Allah pada 20 Mac nanti DUN Kelantan akan bersidang selama dua hari dan saya kira ia akan menjadi sidang terakhir sebelum pembubaran,” katanya kepada pemberita ketika ditemui selepas Majlis Perasmian Festival Beliawanis Kelantan bersempena Karnival Gegey Gegok Anok Mudo Kelate di Stadium Sultan Muhammad IV, petang semalam. (Foto atas)

Abdullah juga memberitahu, setakat ini kesemua enam negeri setuju untuk akan mengadakan PRN serentak selepas Jun hadapan.

Sehingga sekarang enam negeri belum mengadakan pilihan raya umum ke-15 iaitu Kelantan, Terengganu, Kedah, Negeri Sembilan, Selangor dan Pulau Pinang. – HARAKAHDAILY 11/3/2023

- Advertisement -