Gara-gara isu telur, Ka Siong terima saman

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Gara-gara membangkitkan isu import telur dari India di Dewan Rakyat minggu lepas, Presiden MCA Datuk Seri Dr Wee Ka Siong, menerima surat saman.

Ketika itu, beliau membawa tiga telur ayam berlainan jenis, iaitu telur dari India, telur omega dan telur tempatan.

- Advertisement -

Ka Siong (BN-Ayer Hitam) berkata, ketiga-tiga jenis telur itu berbeza saiz dan harga.

“Saya hairan ketika berucap di sini (Dewan Rakyat), saya terima surat daripada peguam yang mewakili pengimport dari India. Itu yang saya tak faham dan saya seperti ditegah untuk berucap.

“Ini yang teruk. Sebab itu saya ada jawab nanti… tengok Facebook saya. Saya kena tunjukkan. Ini medan saya sebagai wakil rakyat.

“Saya rasa terpanggil untuk membawa isu ini. Apa salah saya sehingga pengimport melalui peguam tulis surat kepada saya,” katanya pada sesi perbahasan Rang Undang-Undang Perbekalan 2023 di Dewan Rakyat, semalam.

Kenyataan itu turut dimuat turun dalam laman sosialnya, termasuk memaparkan surat saman dari syarikat terbabit.

Sedangkan katanya, Dewan Rakyat merupakan platform untuk membangkitkan masalah rakyat.

Malah, katanya beliau tidak sebut nama syarikat dan tidak mahu tahu (syarikat apa). – HARAKAHDAILY 1/3/2023

- Advertisement -