Rumput napier jadi rebutan penternak

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Rumput napier kini mendapat permintaan tinggi dalam kalangan penternak kambing, lembu dan ayam piru untuk dijadikan makanan utama ternakan berkenaan.

- Advertisement -

Ini mendorong Roslan Hashim (PN – Kulim Bandar Baharu) meminta pandangan Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan berhubung perancangan kementerian untuk menanam rumput tersebut secara komersial.

“Oleh kerana kos makanan komersial, terutamanya dedak haiwan adalah tinggi, adakah kementerian mempunyai perancangan untuk membangunkan tanaman rumput napier di mana permintaan daripada pengusaha penternak kambing lembu dan ayam piru amat tinggi.

“Negara Taiwan dan Indonesia juga telah menanam rumput ini secara lebih komersial memandangkan kosnya jauh lebih rendah berbanding makanan haiwan yang digunakan sebelum ini,” katanya ketika mengemukakan soalan tambahan pada sesi pertanyaan bagi jawab lisan di Dewan Rakyat, hari ini.

Mengikut soalan asal, Roslan meminta kementerian menyatakan peranan mereka terhadap agensi-agensi di bawahnya seperti Pertubuhan Peladang Kebangsaan (NAFAS), Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP) serta Pertubuhan Peladang Kawasan.

Ini bagi memastikan agensi berkenaan mampu mempunyai kepakaran dalam penghasilan produk makanan haiwan ternakan dengan harga yang lebih rendah berbanding pasaran. – HARAKAHDAILY 28/2/2023

- Advertisement -