Presiden PAS sertai Hari Keluarga Rusila 6.0

Pemeriksaan kesihatan turut diadakan pada Hari Keluarga Rusila 6.0.
- Advertisement -

MARANG: Presiden PAS, Tan Sri Tuan Guru Abdul Hadi Awang menyertai Hari Keluarga Rusila 6.0 bersama masyarakat Kampung Rusila yang diadakan di Dewan Tok Guru, semalam.

- Advertisement -

“Alhamdulillah sambutan yang sangat baik daripada masyarakat dengan pelbagai aktiviti berjaya diadakan,” ujarnya menerusi hantaran di Faceook beliau, malam tadi.

Beliau mengucapkan terima kasih kepada Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK), Jabatan Bomba dan Penyelamat (BOMBA) dan lain-lain yang memeriahkan hari keluarga itu.

“Mudah-mudahan aktiviti yang membawa kebaikan seperti ini dapat diperbanyakkan pada masa akan dating,” ujarnya yang juga Ahli Parlimen Marang. – HARAKAHDAILY 26/2/2023

- Advertisement -