Arab Saudi juga mahu beli Manchester United

Manchester United menjadi rebutan pelabur seluruh dunia
- Advertisement -

Arab Saudi mengemukakan bidaan untuk membeli kelab bola sepak Britain, Manchester United PLC sebelum tarikh akhir hari ini.

- Advertisement -

Mengikut laporan akhbar Telegraph semalam, beberapa kumpulan persendirian di Riyadh membuat pertanyaan rasmi berhubung perkara itu.

Jutawan British, Jim Ratcliffe, penyokong sepanjang hayat kelab itu dan pengasas firma kimia INEOS juga berkemungkinan menjadi pembida, bersama-sama firma ekuiti swasta Amerika Syarikat (AS), kata sumber kepada Reuters.

Keluarga diraja Qatar juga mengemukakan tawaran pembukaan bernilai kira-kira 5 bilion Pound untuk membeli kelab itu, menurut laporan Bloomberg News, semalam.

Menurut Bloomberg, sebuah konsortium termasuk Hamad bin Jassim bin Jaber Al Thani, bekas Perdana Menteri negara itu dan bekas ketua Pihak Berkuasa Pelaburan Qatar, sedang meletakkan sentuhan terakhir mengenai cadangan untuk menguasai kelab itu.

Pejabat Diraja Qatar dan Manchester United tidak menjawab permintaan Reuters untuk mengulas laporan Bloomberg.

Nilai pembelian kelab yang memenangi Liga Perdana Inggeris sebanyak 13 kali, mungkin akan melebihi urus niaga terbesar sebelum ini, iaitu AS$5.2 bilion termasuk hutang dan pelaburan yang dibayar untuk Chelsea.

Menurut analisis Deloitte, Manchester United ialah kelab bola sepak keempat terkaya di dunia.

Sebahagian kecil saham Manchester United disenaraikan di AS dengan nilai modal pasaran melebihi AS$4 bilion ketika ditutup Rabu lalu. – REUTERS

- Advertisement -