Teruskan usaha pemerkasaan golongan OKU

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen wanita PERIKATAN NASIONAL (PN) menggesa kerajaan meneruskan usaha yang dilakukan kerajaan PN sebelum ini untuk memperkasakan program berkaitan Orang Kelainan Upaya (OKU), kanak-kanak OKU dan taska OKU.

- Advertisement -

Bekas Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM), Datuk Siti Zailah Mohd Yusoff berkata, penjagaan OKU memerlukan pengisian khusus, kesabaran tinggi dan kepentingan kesedaran ibu bapa.

Katanya, ini kerana kadang-kadang ibu bapa tidak tahu anak mereka mengalami masalah dan hal tersebut memerlukan kerjasama serta kesedaran semua pihak termasuk kementerian.

“Saya berterima kasih di atas usaha kementerian dan kerajaan yang memberi pelbagai kemudahan kepada taska OKU, namun jika ruang ini tidak diambil kesempatan pelbagai pihak dalam masyarakat, maka peruntukan ini tidak dapat dimanfaatkan,” katanya dalam sidang media di lobi Parlimen, hari ini.

Turut hadir Ahli Parlimen Tumpat, Dato’ Mumtaz Md Nawi; Ahli Parlimen Masjid Tanah, Datuk Mas Ermieyati Samsudin dan Ahli Parlimen Kepala Batas, Dr Siti Mastura Muhammad

Sehubungan itu, Siti Zailah mengharapkan kerjasama semua pihak, bukan sahaja KPWKM kerana ia merentasi semua kementerian.

Katanya, tanggungjawab menjaga kebajikan OKU ialah tanggungjawab bersama dan masyarakat untuk memberi yang terbaik kepada anak-anak OKU. – HARAKAHDAILY 16/2/2023

- Advertisement -