Carragher sukar terima Liverpool di tempat ke-10

Carragher bermain untuk Liverpool sebanyak 737 kali.
- Advertisement -

Bekas pemain pertahanan Liverpool, Jamie Carragher, menyifatkan faktor salah urus sebagai punca kelab itu kini terperosok di tangga ke-10 Liga Perdana Inggeris (EPL).

- Advertisement -

Liverpool mempunyai jumlah mata terendah selepas 20 perlawanan sepanjang lapan tahun lalu dan kekurangan 29 mata daripada jumlah keseluruhan mata pada peringkat yang sama ketika memenangi gelaran liga pada musim 2019-20.

Walaupun terdapat faktor yang boleh dijadikan alasan seperti senarai kecederaan yang panjang, Carragher percaya Liverpool sepatutnya mampu mencabar untuk menduduki kelompok empat teratas.

“Saya tidak boleh terima melihat Liverpool berada di tangga ke-10 liga dengan pengurus dan pemain yang mereka ada,” katanya.

Walaupun mengalami musim yang teruk, katanya Liverpool sepatutnya masih boleh berada dalam kelompok empat teratas dan bukan berada di tempat mereka sekarang.

“Berkunjung ke Wolves, tidak ramai peminat Liverpool menyangka lawan akan memenangi perlawanan itu,” katanya.

Kekalahan 3-0 kepada Wolverhampton Wanderers minggu lalu menyebabkan Liverpool ketinggalan 11 mata di belakang pasukan tangga keempat, Newcastle United.

“Semua orang bertanya, apa yang berlaku dengan Liverpool? Jika Juergen Klopp tidak tahu, kami tidak tahu. Klopp telah mencuba pelbagai perkara,” kata Carragher.

“Isu Liverpool ialah kelab bernasib malang dengan kecederaan dan terdapat salah urus skuad. Jordan Henderson telah menarik perhatian penyokong Liverpool baru-baru ini, tetapi dia telah melakukan tugasnya.

“Dia sekarang berusia 31 tahun dan memenangi segala-galanya. Dia tidak sepatutnya bermain setiap minggu, tetapi akibat salah urus skuad, dia bermain minggu demi minggu. Liverpool mempunyai sama ada, pemain yang benar-benar tua atau sangat muda.

Carragher turut mengkritik pemilik kelab, Fenway Sports Group.

“Mereka melakukan kerja yang cemerlang. Kesilapan besar FSG ialah membenarkan pasukan ini yang dikatakan oleh semua orang di Eropah sebagai model untuk dicontohi dengan pembelian dan penjualan pemain, untuk hancur,” katanya. – REUTERS

- Advertisement -