
MEMBIMBANGKAN! Nampak comel seperti permainan yang dijual di kedai namun ia sangat berbahaya jika diberikan kepada kanak-kanak.
Ibu bapa sila pantau permainan anak-anak di rumah. Dibimbangi tiger pod ini ada dalam simpan anak-anak anda.
Ketagihan rokok atau vape kini menjadi kerungsingan ibu bapa, guru-guru dan pakar kesihatan.
Tanpa undang-undang yang menyekat pemilikan vape kepada generasi muda, mereka akan menjadi semakin berani membeli dan memiliki vape.
Bayangkan jika anak-anak berumur 15 tahun sudah berani menghisap vape di tempat-tempat awam.
Bukankah itu budaya yang tidak sihat? Vape juga mengandungi cecair Nikotin yang boleh menyebabkan ketagihan.
Sebelum ini, Kerajaan PN dalam usaha memperkenalkan polisi Generation End Game bagi melarang apa-apa aktiviti merokok dan memiliki produk tembakau bagi generasi muda yang lahir selepas 2007.
Walaupun polisi ini menjadi perdebatan banyak pihak, saya percaya Kerajaan PN sedaya upaya membendung aktiviti tidak sihat dari mendominasi anak bangsa kita.
Ingat, vape bukanlah alternatif untuk mengurangkan ketagihan merokok.
DATO’ USTAZ AHMAD MARZUK SHAARY – HARAKAHDAILY 26/1/2023











