UniMAP dedah pengalaman pelajar di luar negara

Mahasiswa dan staf UniMAP ketika program akademik di Universitas Negeri Malang, Indonesia.
- Advertisement -

ARAU: Seramai 12 mahasiswa Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) terbabit aktiviti sukarelawan ke Malang, Indonesia bermula 11 hingga 15 Januari lepas.

Program UniMAP Global Outreach (UniGO) disertai enam fakulti di UniMAP iaitu Fakulti Kejuruteraan dan Teknologi Kimia, Fakulti Kejuruteraan dan Teknologi Mekanikal.

Selain itu Fakulti Kejuruteraan dan Teknologi Elektrik, Fakulti Kejuruteraan dan Teknologi Awam, Fakulti Kejuruteraan dan Teknologi Elektronik serta Fakulti Perniagaan dan Komunikasi.

- Advertisement -

Naib Canselor UniMAP, Prof Dato’ Dr Zaliman Sauli berkata penglibatan mahasiswa UniMAP melalui program UniGO anjuran Pusat Pembangunan dan Perkhidmatan Pelajar (P3P) dapat mengembangkan potensi serta pengalaman pelajar.

Katanya, program UniGO ke Malang merupakan siri pertama program terbabit dan akan dikembangkan lagi ke negara lain termasuk Thailand, Singapura, Romania, Poland dan Australia.

“Mahasiswa UniMAP dapat menyumbang bakti dalam aktiviti kesukarelawanan, aktiviti penerapan elemen sains, teknologi, matematik serta inovasi, silang budaya dan motivasi kepada pelajar sekolah,” katanya pada kenyataan di sini, hari ini.

Program UniGO berkenaan diketuai Pengarah P3P UniMAP Prof Madya Ir Dr Mohd Arif Anuar Mohd Salleh, dan Dekan Fakulti Kejuruteraan & Teknologi Kimia (FKTK) Prof.Dr Mohd Mustafa Al Bakri Abdullah.

Dr Zaliman juga berkata, mahasiswa UniMAP turut menganjurkan aktiviti kepada 120 pelajar sekolah rendah dan menengah iaitu Sekolah Dasar Surya Buana serta Sekolah Menengah Atas Surya Buana.

Sementara itu, Dr Mohd Arif berkata, mahasiswa UniMAP turut melawat dan menyertai seminar akademik di kampus Universitas Negeri Malang dan Universitas Brawijaya.

Manakala tujuh pensyarah UniMAP dijemput memberi perkongsian ilmiah dalam penyelidikan dan kepakaran masing-masing di seminar terbabit.

“Mahasiswa UniMAP turut mempromosikan peluang menyambung pengajian di UniMAP kepada pelajar-pelajar sekolah di Malang,” katanya. – HARAKAHDAILY 16/1/2023

- Advertisement -