Khidmat Malaysia Kedah bantu mangsa banjir di Pantai Timur

- Advertisement -

BALING: Kumpulan kedua Misi Bantuan Banjir, Khidmat Malaysia Kedah bertolak ke negeri-negeri di Pantai Timur hari ini.

- Advertisement -

Pengarahnya Musoddak Ahmad berkata, kumpulan pertama misi bantuan itu seramai 113 orang bertolak semalam.

“Kumpulan kedua hari ini terdiri daripada ahli jawatankuasa PAS Kedah dan dewan-dewan di peringkat negeri.

“Semalam delegasi daripada PAS kawasan menyertai bantuan mencuci, menyediakan makanan dan lain-lain di lokasi berlaku banjir,” katanya ketika ditemui Harakahdaily di Sekolah Menengah Agama Yayasan Khairiah, Kupang hari ini.

Katanya juga rombongan dari Kedah dijangka tiba di kediaman rasmi Menteri Besar di JKR 10 petang ini bagi menyampaikan sumbangan untuk mangsa-mangsa banjir.

Selain itu katanya mereka akan menziarahi keluarga tiga beradik di Tumpat yang terkorban akibat renjatan elektrik baru-baru.

“Selepas itu kita akan ke Terengganu untuk menyampaikan sumbangan kepada mangsa-mangsa banjir di negeri terbabit,” tambah beliau. – HARAKAHDAILY 26/12/2022

- Advertisement -