Khidmat Malaysia tumpu fasa ‘relief’ di Kelantan, Terengganu

Khairul Faizi Ahmad Kamil
- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Khidmat Malaysia akan menumpukan gerak Kerja fasa kedua iaitu fasa ‘relief’ setelah melalui fasa pertama iaitu rescue (menyelamat) berdasarkan kepada laporan di lapangan Ketua Pengarah Operasinya

- Advertisement -

Ketua Pengarah Khidmat Malaysia, Khairul Faizi Ahmad Kamil berkata ia melibatkan beberapa perkara yang perlu diberikan tumpuan ialah pembersihan atau Ops Cuci iaitu operasi mencuci rumah dan premis bangunan yang terkesan dengan dengan banjir.

Menurutnya, ia telah pun bermula pada hari ini yang telah dikendalikan oleh Jabatan Amal Malaysia.

Di samping itu, katanya menyediakan dapur rakyat untuk mangsa banjir yang mula pulang ke rumah dan untuk para petugas serta sukarelawan dengan kerjasama Yayasan Amal Malaysia dan beberapa NGO yang terlibat.

“Pengagihan bantuan makanan dan barangan keperluan yang telah mula diterima dari semua pihak termasuk pihak swasta, NGO dan orang perseorangan yang akan diuruskan oleh Lajnah Kebajikan,” ujarnya dalam kenyataan, hari ini.

Tambahnya, tumpuan untuk menyediakan bantuan perubatan dan psikologi kepada mangsa banjir yang akan diuruskan oleh Lajnah Kesihatan dan PAPISMA.

Katanya, dDalam masa yang sama, Khidmat Malaysia kekal bersedia untuk menghadapi bencana banjir fasa rescue untuk negeri lain seperti Pahang.

Justeru, ujarnya Khidmat Malaysia menyeru kepada semua pihak untuk turut sama terlibat dalam operasi membantu mangsa banjir di Pantai Timur dan sangat mengalu-alukan sumbangan daripada semua pihak.

Katanya, dana sumbangan khusus buat mangsa bencana dan para petugas barisan hadapan yang turun beroperasi.

Belaiu berkata, sumbangan boleh disalurkan melalui akaun Maybank bernombor 5623 8454 2866 atas nama Pertubuhan Pengurusan Kecemasan Bencana Malaysia (KHIDMAT MALAYSIA).

Menurutnya, sebarang makluman mengenai sumbangan atau pertanyaan boleh menghubungi di WhatsApp HOTLINE KM nombor 010-544 9866. – HARAKAHDAILY 22/12/2022

- Advertisement -