Zakat: MAIPs junjung tinggi prinsip amanah, integriti

Muhammad Azmir Azizan
- Advertisement -

KANGAR: Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) mendapat pengiktirafan selama 11 tahun berturut-turut Anugerah Sijil Bersih bagi Penyata Kewangan oleh Jabatan Audit Negara.

- Advertisement -

Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama; Pendidikan; Belia dan Sukan; Pembangunan Modal Insan; Penerangan dan Badan Bukan Kerajaan negeri, Muhammad Azmir Azizan berkata, ia membuktikan bahawa MAIPs telah menjalankan tanggungjawabnya dengan baik.

“Sebagai sebuah organisasi tunggal yang melaksanakan pengurusan zakat di Perlis, MAIPs telah membuktikan institusi ini sentiasa menjunjung tinggi prinsip amanah dan integriti dalam setiap urus tadbirnya.

“Perkara ini dizahirkan dengan pengiktirafan selama 11 tahun berturut-turut Anugerah Sijil Bersih bagi Penyata Kewangan oleh Jabatan Audit Negara,” katanya ketika menjawab soalan Saad Seman (PAS-Chuping) pada Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Perlis, di sini, semalam.

Di samping itu, ujarnya, organisasi tersebut juga dipantau terus oleh Persidangan Majlis yang dipengerusikan oleh Tuanku Raja Muda Perlis, Syed Faizuddin Putra Jamalullail.

“Alhamdulillah, secara umumnya, kutipan zakat negeri Perlis berada di dalam

keadaan baik dan terus berkembang positif.

“Untuk makluman, prestasi kutipan telah meningkat sebanyak 14.9 peratus berbanding tahun 2021,” katanya lagi. – HARAKAHDAILY 21/12/2022

- Advertisement -