Tujuh PPS tempatkan lebih 2,000 mangsa banjir

Dato’ Siti Zailah Mohd Yusoff, menyampaikan bantuan kepada mangsa banjir di Rantau Panjang
- Advertisement -

KOTA BHARU: Jumlah mangsa banjir yang ditempatkan di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di lima negeri sehingga hari ini mencecah 2,430 orang daripada 747 keluarga.

- Advertisement -

Menurut Info Bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat, jumlah mangsa banjir di Kelantan seramai 2,014 daripada 634 keluarga yang ditempatkan di tujuh PPS.

Tujuh PPS terbabit dibuka di Pasir Mas yang menempatkan 2,014 mangsa daripada 634 keluarga yang terjejas akibat banjir.

Seramai 712 mangsa daripada 226 keluarga ditempatkan di PPS Sekolah Kebangsaan (SK) Tok Deh; PPS SK Gual Periok (544 mangsa, 149 keluarga); SK Kubang Gual (251 mangsa, 96 keluarga).

Selain itu, SK Sri Kiambang (234 mangsa, 75 keluarga); PPS Putat Tujoh (157 mangsa, 52 keluarga); Masjid Mukim Padang Licin (73 mangsa, 22 keluarga); dan PPS SK Kedai Tanjung (47 mangsa, 15 keluarga).

Bagaimanapun cuaca di Kota Bharu hari lebih cerah berbanding semalam.

Sementara itu Ahli Parlimen Rantau Panjang, Dato’ Siti Zailah Mohd Yusoff, melawat mangsa banjir di kawasan parlimen berkenaan. Beliau turut menyampaikan keperluan harian dan sejadah. – HARAKAHDAILY 14/12/2022

- Advertisement -