Zahid Hamidi wajar letak jawatan secara terhormat

- Advertisement -

KANGAR: Ahli Parlimen Arau, Dato’ Seri Shahidan Kassim menggesa Presiden Umno, Dato’ Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berundur dan meletak jawatan susulan kekalahan teruk Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

- Advertisement -

Katanya, perkara serupa berlaku pada PRU14 apabila BN tewas dan Dato’ Seri Najib Razak sebagai presiden ketika itu diminta melepaskan jawatan.

“Hari ini khabarnya ada mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi (MKT) Umno dan Biro Politik, saya ingat mereka perlu minta Zahid supaya berhenti secara terhormat.

“Dahulu, dia juga minta Najib berundur, jadi saya minta Zahid mengundurkan diri,” katanya pada sidang media di Kompleks PAS Perlis, di sini awal pagi tadi.

Shahidan yang mewakili PERIKATAN NASIONAL memperolehi kemenangan besar apabila menewaskan calon BN, Dato’ Rozabil Abdul Rahman dan calon Pakatan Harapan (PH), Fathin Amelina Fazlie dengan majoriti 23,216 undi.

Di Bagan Datuk Ahmad Zahid pula hanya berjaya mempertahankan kerusi Parlimen Bagan Datuk dengan majoriti 348 undi. – HARAKAHDAILY 20/11/2022

- Advertisement -