PAS Kelantan lakar sejarah baharu lagi

- Advertisement -

KOTA BHARU: PAS menzahirkan rasa syukur atas kemenangan terbesar dalam sejarah apabila menguasai keseluruhan 14 kerusi Parlimen di negeri ini.

- Advertisement -

Pengerusi PERIKATAN NASIONAL (PN) Kelantan, Ustaz Dato’ Bentara Kanan Ahmad Yakob berkata, apa yang berlaku itu memberi bayangan Kelantan seakan berjaya ditakluki sepenuhnya PAS (PN).

Katanya, setakat ini bagi Parlimen Gua Musang turut melakar sejarah apabila PAS berjaya menumbangkan penyandang dari BN, Tengku Razaleigh Hamzah dengan majoriti 136 undi.

“Allhamdulillah, setakat ini keputusan secara rasmi bagi Parlimen Gua Musang dimenangi oleh PAS.

“Ini satu gelombang luar biasa yang dapat disaksikan kerana rakyat telah memerhati sekian lama terutama ketika melalui detik sukar.

“Rakyat mahu keadaan yang terbaik agar hasrat mereka dapat dilaksanakan dengan sebaiknya,” katanya pada sidang media di Medan Ilmu di sini, malam tadi.

Bagaimanapun, katanya PAS berterima kasih kepada pengundi kerana memberi kepercayaan yang luar biasa kepada parti itu dan PN.

Justeru itu, katanya sebarang keputusan keseluruhan secara rasmi akan diumumkan dari semasa ke semasa. – HARAKAHDAILY 20/11/2022

- Advertisement -