PERIKATAN NASIONAL ada potensi kuasai Kerajaan Pusat

- Advertisement -

KOTA BHARU: Berdasar gelombang dan perkembangan yang berlaku sekarang
PERIKATAN NASIONAL bukan sahaja berupaya menang di Pahang dan Perlis, malah berpotensi menguasai kerajaan Persekutuan pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-15.

- Advertisement -

Naib Presien PAS Dato’ Mohd Amar Abdullah berkata, keyakinan itu dilihat berdasar potensi dan suasana politik yang berlaku sekarang.

Katanya, kalau dinilai mengikut maklumat dan gelombang perkembangan PERIKATAN NASIONAL bukan sahaja dilihat boleh menang di Pahang dan Perlis namun mampu menguasai Kerajaan Persekutuan.

“Jadi kita harap gelombang ini akan berterusan sehingga hari mengundi pada 19 November,” katanya kepada pemberita ketika ditemui di sini hari ini.

Sebelum ini Pengerusi PERIKATAN NASIONAL Tan Sri Muhyiddin Yassin membayangkan Bersatu akan memberi sokongan kepada PAS bagi menerajui Perlis dan Pahang sekiranya mendapat mandat rakyat.

Menurutnya potensi tersebut berdasarkan prestasi cemerlang negeri yang ditadbir PAS iaitu Kelantan, Terengganu dan Kedah.

Ditanya mengenai keperluan setiap calon mengisytiharkan harta Mohd Amar berkata, tiada keperluan bagi calon PAS memandangkan kebiasaannya perkara itu membabitkan penjawat awam.

Kata beliau perkara itu hanya dilakukan apabila menjadi wakil rakyat dilantik sebagai anggota Exco yang perlu membuat pengisytiharan harta kepada Menteri Besar.

“Pendedahan kepada umum mungkin ada positif dan negatif, sebab dalam dunia sekarang apabila orang tahu kita ada wang dan harta, ia boleh mengundang implikasi negatif.

“Kami mengambil pendekatan dengan tidak mengisytihar harta lagi pun pemimpin PAS biasanya tidak ada harta dan jika hendak isytihar pun malu.. sedangkan orang lain ada harta juta-juta,” ujarnya. – HARAKAHDAILY 10/11/2022

- Advertisement -