Syahir mudah dikenali anak muda di Bachok

- Advertisement -

BACHOK: Bekas ahli parlimen Bachok Nik Muhammad Abduh Nik Abdul Aziz akan terus berada di Bachok bagi membantu gerak kerja kempen calon PAS mewakili PERIKATAN NASIONAL, Syahir Che Sulaiman sepanjang tempoh berkempen Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

- Advertisement -

Katanya beliau akan cuba membantu kerana sudah lama mengenali calon PAS terbabit sejak menjadi Ketua Pemuda PAS Malaysia.

“Syahir memegang jawatan sebagai Pengarah Strategi Dewan Pemuda PAS Malaysia dari tahun 2015 sehingga 2019,” katanya ketika ditemui di Pusat Khidmat Dun Pantai Irama di sini.

Menurutnya juga Syahir seorang yang cekap berkhidmat sehingga diberi kepercayaan dilantik sebagai Setiausaha Politik Presiden PAS, Tan Sri Tuan Guru Abdul Hadi Awang dari 2018 sehingga 2022.

Oleh itu beliau yakin calon Syahir mudah dikenali terutamanya dalam kalangan anak muda kerana kewibawaan yang ada padanya.

“Bagaimanapun saya berharap jentera Pemuda PAS Bachok perlu kuat bekerja bagi memperkenalkan calon kita kepada rakyat dalam tempoh berkempen sekarang,” ujarnya.

Nik Abduh juga yakin anak Kelantan yang tinggal di perantauan akan balik mengundi pada 19 November ini bagi melaksanakan tanggungjawab mereka memilih pemimpin yang benar-benar berintegriti dan bebas rasuah. – HARAKAHDAILY 6/11/2022

- Advertisement -