
KOTA BHARU: Parlimen Kubang Kerian menyaksikan pertandingan empat penjuru iaitu calon PAS yang mewakili PERIKATAN NASIONAL (PN), Barisan Nasional (BN), Pakatan Harapan (PH) dan Pejuang.
PN diwakili penyandang kerusi berkenaan Dato’ Seri Tuan Ibrahim Tuan Man dicabar Dato’ Nurul Amal Mohd Fauzi dari BN, Dr Wan Ahmad Kamil (PH) dan Mohamad Rizal Razali (Pejuang).
Wakil dari PH merupakan calon pertama yang menyerahkan borang di Pusat Penamaan Calon di Kompleks Islam Lundang, diikuti Pejuang, BN dan PAS.
Tuan Ibrahim yang juga Timbalan Presiden PAS tiba jam 9.25 dan menyerah borang pada jam 9.34 pagi. Pencadangnya Mohamad Nuri Mat Yaakob dan penyokong Kamarulzaman Che Ibrahim.
Rata-rata penyolong setiap parti yang bertanding memenuhi ruang jalan Sultan Yahya Petra mengiringi calon masing-masing.
Suasana di tempat penamaan calon terkawal dengan kawalan dilakukan anggota keselamatan dan petugas setiap parti. – HARAKAHDAILY 5/11/2022




















