Suara guru berani jadi semak imbang sistem pendidikan

- Advertisement -

ALHAMDULILLAH, akhirnya, Lembaga Tatatertib Perkhidmatan Pendidikan telah memutuskan Cikgu Fadli Salleh tidak bersalah. 

- Advertisement -

Dalam isu guru-guru dikenakan tindakan tatatertib ini, sebenarnya ia bukanlah isu baharu. 

Apabila bercakap mengenai guru teraniaya, para pendidik PASlah yang paling banyak dikenakan tindakan semata-mata kerana terlibat dengan politik. 

Ditekan pihak atasan, ditukar ke sana-sini itu adalah fenomena biasa untuk guru-guru PAS. 

Ramai yang cekal jiwa dan masih istiqamah dengan PAS, tetapi ada juga yang selepas dipanggil dan dikenakan tindakan, kemudiannya sudah tidak lagi terlibat dengan PAS ataupun kurang terlibat secara langsung dengan PAS.

Kita memahami bahawa reformasi pendidikan amat sukar dilakukan dalam keadaan sistem pendidikan negara perlu beradaptasi dengan cepat akibat pandemik COVID-19. 

Namun begitu, suara para guru yang berani adalah semak dan imbang kepada sebuah sistem yang memerlukan penambahbaikan sejak zaman berzaman lagi. 

Inilah hakikat yang kerajaan perlu terima, menyantuni hasrat para pendidik di luar sana.

YB DATO’ USTAZ AHMAD MARZUK SHAARY  – HARAKAHDAILY 19/10/2022

- Advertisement -