Bajet 2023 diharap ada resepi kurang kos hidup rakyat

Drs Zainuddin Awang Hamat
- Advertisement -

Oleh MUHAMMAD ARIF ISMAIL

KOTA BHARU:
Rakyat berharap Belanjawan 2023 yang akan dibentang kerajaan Jumaat ini memuatkan resepi yang mampu mengurangkan kos sara hidup rakyat.

Ahli Jawatankuasa Sidang Assabiqun Kelantan, Drs Zainuddin Awang Hamat berkata, rakyat berdepan dengan peningkatan sara kos berikutan kenaikan barangan asas secara berterusan.

- Advertisement -

Katanya selepas wabak Covid-19 melanda negara lebih dua tahun lepas, barangan keperluan termasuk makanan, input pertanian dan bahan binaan meningkat dengan ketara.

“Keadaan itu berlaku kerana kita banyak bergantung kepada produk yang diimport. Petani dan peladang berdepan dengan kesukaran kerana harga baja dan racun sentiasa meningkat.

“Kesan peningkatan kos pertanian menyebabkan hasil ladang yang dijual juga meningkat. Ini memberi kesan kepada pengguna,” katanya di sini.

Pada Jumaat ini Menteri Kewangan Tengku Dato’ Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz dijangka membentang Belanjawan 2023, yang disifatkan banyak pihak sebagai bajet pilihan raya.

Drs Zainuddin yang juga bekas Adun Limbongan berkata, kerajaan Keluarga Malaysia perlu serius mengurangkan salah guna kuasa dan ketirisan kewangan kerajaan seperti yang berlaku sebelum ini.

Menurutnya kebocoran dan penyelewengan berlaku menyebabkan projek yang dirancang kerajaan terpaksa diselamatkan dengan bajet tambahan.

“Ibarat dunia kena stroke, apabila hendak pulih semula begitu susah, tetapi alhamdulillah setakat ini kerajaan Keluarga Malaysia dilihat masih mampu memulihkan ekonomi dengan gandingan semua pihak,” ujarnya.

Azman Ahmad

Pegawai Seranta Dun Paloh, Azman Ahmad pula berkata, kerajaan campuran yang ada sekarang ada hikmatnya apabila bukan satu kelompok sahaja yang berkuasa mutlak.

Sedangkan kata beliau sebelum 2018 kerajaan bebas melakukan apa sahaja kerana memiliki kuasa dua pertiga di Parlimen. – HARAKAHDAILY 5/10/2022

- Advertisement -