Muslimat PAS dinobat Tokoh Fatimah Az Zahra

- Advertisement -

Oleh ASRENNA YUN

KOTA BELUD:
Ketua Dewan Muslimat PAS Kota Belud Rosnani Omar dipilih menerima anugerah Tokoh Fatimah Az Zahra sempena Sambutan Maal Hijrah Peringkat Daerah Kota Belud tahun ini.

Beliau berkhidmat dalam bidang pendidikan selama 29 tahun dan bersara awal tahun 2020. Sekarang dilantik sebagai mudirah Pondok Muslimat Fii Dzilalil Quran Kampung Tamau.

Selain itu ahli jawatankuasa dan Ahli Lembaga Tertinggi Pengurusan Pondok Fii Dzilalil Quran.

- Advertisement -

Ibu kepada tujuh anak kandung dan enam anak angkat itu tidak menjadikan kesibukan seharian sebagai alasan tidak turun ke lapangan.

Beliau terlibat aktif dalam beberapa misi bantuan banjir di Kota Belud, Pitas dan Kudat yang digerakkan beberapa NGO termasuk Sahabat Amal Care, Prihatin Pondok Fii Dzilalil Quran, Prihatin Sabah dan program anjuran Adun Lantikan Dr Aliakbar Gulasan.

Pemilihan bagi menerima anugerah tersebut dibuat Badan Dakwah Daerah Kota Belud yang mengambil kira beberapa aspek termasuk penglibatan dan sumbangan cemerlang wanita di lapangan masyarakat dan pembangunan ummah.

Anugerah tersebut disampaikan Adun Usukan Datuk Seri Panglima Dr Mohamed Salleh Mohamed Said pada majlis yang diadakan baru-baru ini. – HARAKAHDAILY 7/9/2022

- Advertisement -