
Oleh SALMAH MAT HUSAIN|FOTO UKMB
KOTA BHARU: Menteri Besar Kelantan Ustaz Dato’ Bentara Kanan Ahmad Yakub menerima kunjungan hormat Duta Palestin ke Malaysia Walid Abu Ali.
Pertemuan lebih sejam itu membincangkan pelbagai perkara khususnya peranan kedua-dua pihak dalam perjuangan menuntut hak dan kebebasan rakyat Palestin.
Ahmad berkata, hubungan akrab dengan Palestin akan terus diperkukuh kerana ia merupakan simbol penyatuan umat Islam.
“Kelantan akan terus memberikan komitmen dan sokongan kepada perjuangan rakyat Palestin,” ujarnya pada kenyataan di laman sosialnya semalam.
Menurutnya juga Kelantan dan Palestin bersetuju untuk menerokai kerjasama dalam bidang pendidikan melalui hubungan akademik antara institusi penganjian tinggi yang terdapat di Serambi Mekah.
Hadir sama pada pertemuan itu Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insan, Pendidikan, Pengajian Tinggi, Sains dan Teknologi, Dato’ Dr Mohamed Fadzli Hassan. – HARAKAHDAILY 30/8/2022











