Bantu mangsa kebakaran bayar deposit rumah sewa

- Advertisement -

Oleh RAIDAH RUSLAN

PUTATAN:
Lapan keluarga Muslim yang terlibat dengan kebakaran di Kampung Ganang, Kepayan 16 Ogos lalu menerima sumbangan disampaikan PAS Putatan.

Ketua Lajnah Kebajikan dan Kemasyarakatan PAS Putatan, Noorsheela Shamsudin berkata, setiap mangsa kebakaran terbabit menerima bantuan fasa kedua termasuk kit kelengkapan solat telekung, sejadah, tasbih digital, buku zikir dan kain pelikat.

- Advertisement -

“Mangsa terbabit memaklumkan keperluan utama mereka sekarang mendapatkan tempat tinggal sebagai tempat berteduh setiap keluarga,” katanya ketika menyampaikan sumbangan kepada mangsa terbabit kelmarin.

Turut hadir Ketua Lajnah Kebajikan dan Kemasyarakatan Dewan Muslimat PAS Putatan Raidah Hanisa Ruslan.

Noorsheela juga berkata, PAS Putatan berharap sumbangan kewangan daripada orang ramai untuk membantu mangsa kebakaran terbabit membayar deposit bagi menyewa kediaman baru.

Katanya juga PAS Putatan merakam ucapan terima kasih kepada orang ramai yang menyumbang bantuan kewangan dan keperluan harian bagi membantu mangsa kebakaran terbabit.

Sumbangan boleh disalurkan melalui akaun Bank Islam – 10016010078048 atas nama PAS Kawasan Putatan), rujukan ‘tabung kebakaran’ atau hubungi Raidah di talian 019-999 7044. – HARAKAHDAILY 30/8/2022

- Advertisement -