
Oleh MUHAMAD ARIF ISMAIL
KOTA BHARU: Jawatankuasa Jihad Inflasi yang ditubuh kerajaan dilihat mampu untuk menangani kenaikan kadar inflasi di negara ini.
Pengerusi Pasukan Khas Jihad Tangani Inflasi, Tan Sri Anuar Musa berkata, kadar inflasi dinilai dalam tempoh setahun sehingga Jun 2022 lalu.
Beliau berkata, kadar semasa di Malaysia ialah 3.4 peratus dan angka itu masih rendah jika dibandingkan dengan negara lain ada sehingga 70 peratus.
“Angka ini menarik perhatian perhatian walaupun ada trend kenaikan, jadi tugas kita sekarang kawal kenaikan supaya jangan naik secara tidak terkawal.
“Kadar inflasi kita ada juga trend peningkatan, tetapi kita sedang mengambil langkah-langkah sewajarnya,” katanya kepada media selepas meninjau Program Jualan Keluarga Malaysia di perkarangan Stadium Sultan Muhammad IV di sini hari ini.
Program itu diadakan sempena Jelajah Aspirasi Keluarga Malaysia yang mula diadakan sejak Jumaat lalu.
Annuar yang juga Menteri Komunikasi dan Multimedia berkata rakyat sepatutnya berbangga dengan kemampuan kerajaan mengekalkan harga rendah berbanding negara Asean lain.
Menurutnya juga laporan yang diterima dari Bank Dunia mengenai diet makanan sihat yang mencukupi serta menepati kriteria yang ditetapkan.
“Kita mendapati Malaysia nombor dua terendah jadi kita berbangga selain itu tarif elektrik kekal terendah air begitu minyak masak.
“Selain itu banyak lagi produk makanan yang menandakan negara kita mengekalkan status harga makanan paling rendah,” katanya. – HARAKAHDAILY 24/7/2022




















