‘Lelaki Dambaan Syurga’ tema Seminar Lelaki Qawwam

- Advertisement -

“APABILA tanggungjawab lelaki khususnya golongan suami diperkasakan, maka kaum isteri akan menikmati kebahagiaan berkeluarga, seterusnya menyumbang kepada masyarakat dan negara yang sejahtera.”

Lelaki Dambaan Syurga, diangkat menjadi tema kepada Seminar Lelaki Qawwam Peringkat Kebangsaan 2022 yang diadakan di Masjid Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. 

Amat bermakna program-program seperti ini yang bertujuan pemerkasaan kaum lelaki yang memikul tanggungjawab besar dalam menentukan kestabilan institusi kekeluargaan. 

Lelaki mesti menjadi pembimbing, pelindung dan pembela kepada isteri, anak-anak dan kesejahteraan masyarakat. 

Namun sebaliknya berlaku hari ini, setiap hari kita lihat di media kejadian bunuh ahli keluarga, masalah sosial suami isteri, pendidikan anak-anak terabai dan lebih parah lagi isu penderaan, memukul isteri dan anak-anak. 

Naudzubillahi min dzalik. 

Besar harapan saya program pemerkasaan lelaki qawwam diperluaskan di masjid surau seluruh negara termasuklah di segenap tempat seperti sekolah, universiti, kempen kesedaran dan sebagainya. 

Semoga kita dapat berusaha bersungguh-sungguh dalam mendidik ahli keluarga kerana keluarga sejahtera itu bermula daripada acuan ibu bapa di rumah. 

YB SENATOR USTAZ IDRIS AHMAD
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) – HARAKAHDAILY 21/7/2022

- Advertisement -
- Advertisement -