Inisiatif MAFI serta agensinya khusus sektor ternakan

- Advertisement -

PELBAGAI bentuk bantuan dan inisiatif yang dirancang dan dilaksanakan oleh pihak kerajaan melalui Kementerian Pertanian dan Industri Makanan dan agensi-agensi di bawahnya khususnya dalam sektor ternakan dalam bentuk jangka masa pendek dan panjang.

Pihak kerajaan negeri melalui Jabatan Perkhidmatan Veterinar menyediakan peruntukan bagi penanaman rumput di kawasan-kawasan padang ragut.

Pihak Kerajaan Persekutuan telah menyediakan bantuan RM300.00 kepada setiap penternak secara one-off bagi meringankan kos perbelanjaan makanan ternakan.

Kedua, kerajaan melalui Jabatan Perkhidmatan Veterinar telah meneruskan program Skim Rezeki Ternak yang bertujuan membantu penternak bagi mengekalkan sumbangan mereka dalam bidang penternakan di samping mensasarkan peningkatan pendapatan bagi golongan penternak kecil.

Bantuan adalah dalam bentuk geran padanan bagi induk ternakan ruminan serta bantuan input penternakan, peralatan dan pembaikan kandang atau reban.

Ketiga, kerajaan telah menawarkan di bawah Geran Agropreneur Muda untuk membantu pengusaha ternakan dalam kalangan anak muda dan belia bagi mengurangkan kos permulaan dan bantuan dalam bentuk peralatan seperti mesin, benih, baka khidmat nasihat dan sebagainya.

Keempat, bagi ternakan Unggas (Ayam Pedaging dan Penelur) pula, pihak Kerajaan Persekutuan memberi bantuan dalam bentuk Subsidi keatas setiap pengeluaran iaitu RM 0.60/kg untuk ayam dan RM 0.05/biji untuk Telur ayam.

Subsidi ini boleh membantu pengeluar meneruskan operasi ternakan mereka seterusnya menjamin bekalan makanan berasaskan ternakan sebagai sumber protein untuk rakyat negeri atau negara pada kadar harga yang munasabah.

Kelima, kerajaan negeri juga telah memperuntukkan sebanyak RM500,000.00 di bawah Pakej Rangsangan Ekonomi (PRE) Perak Sejahtera untuk sektor ternakan melalui bantuan kepada para penternak ruminan dan ayam kampung yang memenuhi syarat dan merupakan pengusaha secara kecil-kecilan.

Pakej ini merangkumi bantuan daripada sudut penyediaan kursus dan pemberian peralatan atau mesin secara percuma kepada peserta iaitu mesin mixer dan tong kedap udara untuk para penternak dapat menghasilkan makanan ternakan alternatif.

Jumlah kos dan kadar bagi seorang adalah RM2,000.00 yang bakal memberi manfaat kepada 250 orang penternak.

YB RAZMAN ZAKARIA 
Pengerusi Jawatankuasa Perladangan,  Pertanian dan Industri Makanan Negeri Perak – HARAKAHDAILY 18/7/2022

- Advertisement -
- Advertisement -