AMAL Kelantan anjur ibadah korban di Nigeria

- Advertisement -

Oleh MUHAMMAD ARIF ISMAIL

KOTA BHARU:
Yayasan Amal Malaysia (AMAL) Cawangan Kelantan tahun ini akan menganjurkan ibadah korban dan akikah di Bangladesh, Nepal dan Nigeria.

Timbalan Pengerusinya, Muhamad Azmi Nor berkata, program kali ke-16 tersebut melibatkan tiga negara terbabit dengan mengambil kira faktor kemiskinan dan jarang menerima bantuan kemanusiaan pihak luar.

Katanya ibadah korban dan akikah tersebut diketuai aktivis YAM Kelantan setelah program serupa tertangguh selama dua tahun akibat penularan wabak Covid-19.

- Advertisement -

“Harga satu bahagian di negara terbabit masih murah iaitu lembu dan kerbau bernilai RM350 dan seekor kambing RM480,” katanya ketika ditemui selepas majlis kesyukuran sempena Sambutan 20 Tahun YAM Kelantan di Amal Residen, Taman Sari di sini semalam.

Muhamad Azmi juga berkata pihaknya sedang giat melakukan kempen bagi mengutip dana orang ramai untuk menjayakan ibadah korban dan akikah di tiga negara berkenaan.

Menurutnya juga AMAL Kelantan bernaung di bawah Yayasan Amal Malaysia merupakan NGO yang bergerak aktif membantu penduduk miskin di dalam dan luar negara.

Maklumat lanjut boleh layari Facebook, Yayasan Amal Malaysia Kelantan
atau hubungi Nazman Che Iberahim (011-1008 1575), Nik Mahadi Nik Mahmood (012-9505665), Mohd Nasir Yatib (019-9684721) dan Nur Adyani Mohamed (019-9009628).

Bayaran juga boleh dibuat melalui Maybank 5530-1060-5969 atas nama Amal Kelantan-Dana Qurban. – HARAKAHDAILY 30/5/2022

- Advertisement -