Ketua Menteri hadir Rumah Terbuka Aidifitri PAS Sabah

- Advertisement -

Oleh AMIRUDDIN MOHD ROSDI

KOTA KINABALU:
Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Hajiji Noor menghadiri Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri PAS Negeri Sabah di sini, kelmarin.

Beliau yang tiba di pekarangan Pejabat PAS negeri pada jam 11.05 pagi, disambut Pesuruhjaya PAS Sabah, Mohd Aminuddin Aling bersama setiausaha yang juga pengarah sambutan Dr Aliakbar Gulasan serta pimpinan PAS Sabah yang lain.

- Advertisement -

Turut hadir memeriahkan majlis ialah Presiden Parti Maju Sabah (SAPP), Datuk Seri Yong Teck Lee; Menteri Pembangunan Masyarakat dan Kesejahteraan Rakyat, Datuk Ir. Shahelmey Yahya dan, Penolong Setiausaha Agung PAS, Khairul Faizi Ahmad Kamil.

Majlis berkenaan turut dihadiri pemimpin-pemimpin parti dalam Gabungan Rakyat Sabah (GRS), pertubuhan bukan kerajaan (NGO), pemimpin masyarakat, pengerusi dan jawatankuasa masjid.

Dr. Aliakbar ketika ditemui berkata, PAS Sabah merakamkan ucapan terima kasih khususnya kepada Ketua Menteri atas kesudian hadir ke majlis yang penuh bermakna itu.

Hajiji dalam hantaran di Facebook rasminya menyatakan penghargaan kepada PAS Sabah atas undangan sekali gus merapatkan lagi ukhuwah.

“Alhamdulillah, dapat meluangkan masa bersilaturahim dengan sahabat-sahabat kepimpinan PAS Sabah hari ini.

“Saya yakin kehadiran kita semua di sini akan merapatkan lagi ukhuwah sesama kita, insya-Allah,” ujarnya.

Majlis Rumah Terbuka PAS Sabah ini julung kali diadakan selepas PAS Sabah menjadi sebahagian daripada kerajaan negeri. – HARAKAHDAILY 24/5/2022

- Advertisement -