Terengganu pinda cuti kelepasan am kepada 4 Mei

- Advertisement -

KUALA TERENGGANU: Kerajaan Terengganu telah bersetuju untuk menjadikan hari Rabu (4 Mei) sebagai Hari Kelepasan Am (cuti peristiwa) menggantikan hari Khamis (5 Mei).

Menteri Besar, Dato’ Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, ini memandangkan tarikh perayaan 1 Syawal 1433 jatuh pada hari ini (2 Mei).

- Advertisement -

“Manfaatkan ruang ini untuk bersama keluarga tercinta. Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin,” ujarnya dalam kenyataan, malam tadi.

Pada 27 April lalu, beliau berkata kerajaan negeri bersetuju mengisytiharkan 5 Mei sebagai hari kelepasan am atau cuti peristiwa bagi Terengganu.

“Walau bagaimanapun kelepasan am ini tidak terpakai sekiranya Hari Raya Aidilfitri jatuh pada 2 Mei 2022, Isnin,” katanya dipetik UPDI. – HARAKAHDAILY 2/5/2022

- Advertisement -