
KOTA BHARU: Kerajaan Kelantan bersetuju mengubah cuti peristiwa yang diumumkan sebelum ini iaitu pada 5 Mei kepada 4 Mei (Rabu) berikutan perubahan tarikh Hari Raya Aidilfitri.
Menteri Besar Ustaz Dato’ Bentara Kanan Ahmad Yakob berkata, perubahan tarikh cuti peristiwa itu dibuat selepas Hari Raya Aidilfitri jatuh pada 2 Mei 2022.
- Advertisement -
“Penyimpan Mohor Besar Raja- Raja telah mengisytiharkan bahawa umat Islam di Malaysia menyambut Hari Raya Aidilfitri pada 2 Mei iaitu Isnin.
“Susulan daripada itu, kerajaan negeri bersetuju untuk mengubah Hari Kelepasan Am bagi negeri Kelantan (cuti peristiwa) dari tarikh asal 5 Mei kepada 4 Mei 2022,” katanya pada kenyataan malam tadi. – HARAKAHDAILY 2/5/2022











