Ustaz Abdullah imbau nostalgia di Madrasah Al-Masriyah

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Pesuruhjaya PAS Johor, Ustaz Abdullah Husin mengimbau nostalgia di Madrasah Al-Masriyah, Simpang Renggam apabila dapat bermalam di situ, malam kelmarin.

Beliau bersama isteri dan anak turut bersahur bersama guru-guru serta para pelajar madrasah itu.

“Seterusnya dapat menunaikan solat subuh berjemaah bersama mereka dan menyampaikan kuliah subuh selama lebih kurang satu jam,” ujarnya dalam laman sosial beliau, semalam.

- Advertisement -

Katanya, turut hadir ialah mudir Madrasah Al-Masriyah merangkap ketua Dewan Ulamak PAS negeri, Ustaz Azlisham Azhar dan timbalan mudir Ustaz Mohd Nizam Al-Hafiz.

Beliau mengingatkan kepada anakanda putera-putera dan puteri-puteri di Madrasah Al-Masriyah bahawa mereka merupakan benteng ummah, pelapis dalam perjuangan dan masyarakat sangat mengharapkan peranan mereka pada masa kini dan masa akan datang.

Maka, katanya hendaklah mereka benar-benar komited terhadap ilmu islam, disiplin diri dan tarbiah yang mantap.

“Mereka ini adalah ulama in the making di mana kita sedang mencetak bakal ulama,” ujarnya yang juga bekas mudir dan tenaga pengajar di madrasah itu

Ustaz Abdullah merasa sangat terharu dan ia merupakan satu nostalgia yang sangat indah setelah sekian lama meninggalkan Al-Masriyah.

Begitupun, ujarnya sebagai penasihat dan penaung Madrasah Al-Masriyah sampailah pada hari ini, beliau terus bersama-sama dengan semangat untuk meneruskan kesinambungan tarbiah di Madrasah Al-Masriyah.

“Jadi sama-sama kita berdoa dengan keberkatan bulan Ramadan Al Mubarak, semoga Madrasah Al -Masriyah berkembang maju terus sentiasa dilindungi dan dipelihara oleh Allah SWT dan mencapai kejayaan yang cemerlang di dunia dan akhirat di samping memainkan peranan yang penting dalam kebangkitan islam khasnya di Negeri Johor dan seterusnya di Malaysia,” tambahnya.

Beliau turut mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga kepada warga Al-Masriyah terutamanya mudir, timbalan mudir dan guru-guru yang telah memberikan layanan yang terbaik kepadanya dan keluarga.

Sirru a’la barakatillah. Bergeraklah terus dengan mendapat keberkatan daripada Allah SWT,” katanya. – HARAKAHDAILY 28/4/2022

- Advertisement -